Sifir 3: Spectrum of Practical Knowledge

Hikmah ialah ilmu praktikal. Jika ilmu dikaitkan dengan sains, hikmah dikaitkan dengan teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan manusia. 

Hikmah ini adalah kurniaan Allah kepada sesiapa yang memulakan proses ke arah bijaksana. 

Action-biased dalam setiap niat, percakapan dan perbincangan ialah elemen hikmah yang amat penting. Malah sebelum ayat ini (2:269), dinyatakan cabaran hikmah ini ialah 'lizard brain' yang diwas-waskan oleh syaitan berbentuk kefaqiran atau seruan untuk kekejian. Manakala Allah menjanjikan maghfirah dan kurniaan pelbagai dalam kehidupan. 

Maghfirah vs kefaqiran
Kurniaan vs kekejian 

Apabila seseorang action-biased dengan asas infaq, ia akan menjemput maghfirah dan kurniaan. Inilah orang yang diberikan hikmah. 

Cara menjemput hikmah? Infaq, infaq dan infaq dalam setiap ketika untuk menyelesaikan masalah orang lain. Sekecil memindahkan duri di jalanan. 



Comments

Popular posts from this blog

Sifir 14: Spectrum of Physical-Spiritual