Sifir 14 menekankan kaitan antara fizikal dan spiritual yang amat rapat. Fizikal dan spiritual wujud. Apabila ia dapat dilihat sekaligus sebagai sunnatullah, syariatullah dan qadarallah, ia akan melonjakkan kualiti solusi yang diberikan. Cabaran pelbagai kehidupan di dunia sering membawa solusi bersifat keduniaan. Namun ia tidak kekal dan menyeluruh. Kemahiran pendulum dan spektrum PIES membantu melihat perkara ini dengan lebih objektif dan tidak berjela atau melampau.
Sifir 13 ialah ketika mencari penyelesaian atau solusi, kemahiran mendengar digunakan dengan cara terbaik. Ia dikaitkan dengan kumpulan orang yang mendapat hidayah. Cross- Discipline & RnD adalah 2 perkara praktikal daripada sifir ini. Selagi tidak cross-checked, sesuatu itu belum dikategorikan dengan hidayah sebenar-benarnya.
Comments
Post a Comment